Ahad, 4 November 2012

TATABAHASA MELAYU


Imbuhan ber-, ber…an, dan ber…kan


1. Imbuhan ber- dapat berubah rnenjadi be-, bel-, dan tetap sebagai ber-, bergantung kepada
kata-kata yang digunakan seperti keterangan yang berikut:
(a) menjadi ber- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku
kata pertamanya diakhiri dengan er.
Contohnya:
rakit => berakit
renang => berenang
serta => beserta
b) menjadi bel- hanya apabila bertemu dengan kata ajar.
ajar = belajar
(c) tetap sebagai ber- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan
ada => berada
ekor berekor
nasib bernasib
piaah => berpiaah
sumpah => bersumpah

2. Kata-kata yang berawalan berdapat diaertai akhiran -an dan -kan menjadi ber…an dan
ber…kan. Misalnya: berdekatan, bertempiaran, berasaskan, berpandukan, berdasarkan,dan
sebagainya.
Imbuhan ter-, ter…i, dan ter…kan
1. Imbuhan ter- dapat berubah menjadi te- dan tetap sebagai ter- seperti penyataan yang
berikut:
(a) menjadi te- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya diakhiri dengan er. Contohnya:
rasa => terasa
rendam terendam
serlah teserlah
sergam tesergam
(b) tetap sebagai ter- apabila bertemu dengan kata-kata lain
selain yang dinyatakan:
bangun terbangun
fikir terfikir
kumpul terkumpul
lambat terlambat
piaah terpiaah
ubat terubat
2. Kata-kata yang berawalan ter- dapat diaertai akhiran -i dan -kan menjadi ter …i dan ter …kan.
Contohnya:
terpenuhi, teratasi, terhindari, terkalahkan, terkatakan,dan sebagainya.


Imbuhan men- , men_ .i dan men _ kan

1. Imbuhan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, dan tetap
sebagai men- bergantung kepada kata-kata yang digunakan seperti dalam keterangan yang berikut:
v =~ veto ==> memveto
menjadi men- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah c, d, dan j.
Contohnya:
c ~ cuba => mencuba
d ~ daki ==> mendaki
j => jual => menjual
menjadi meng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g,
dan h.
Contohnya: a ~ ambil => mengambil e ~ elak => mengelak i ~ ikut ~ mengikut o => olah ~ mengolah
u ~ ubah ~ mengubah g ~ gigit ~ menggigit h ~ hantar => menghantar
menjadi menge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata
saja. Contohnya:
bom => mengebom
cat ~ mengecat
cam ~ mengecam
lap => mengelap


2. Kata-kata yang bermula dengan
huruf k, s, p, dan t bertukar menjadi ng, ny, m, dan t apabila bertemu dengan awalan men -.
Contohnya:
(a) k menjadi ng
kecil =* mengecil
(b) s menjadi ny
sikat => menyikat
(c) p menjadi m
paksa =:> memaksa
(d) t menjadi n
tunggu => menunggu

3. Kata yang berawalan men- dapat disertai akhiran -i dan -kan menjadi men …i dan men …kan.
Contohnya:
menghadiahi, mengetuai, membiayai, merasmikan, mengamalkan, mengesahkan,
membiarkan, dan sebagainya.
(a) menjadi me- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf
awalnya ialah I, m, n, ng, ny, r, w, dan y.
Contohnya:
I => larang =* melarang
m ~ minta => meminta
n ~ naik ~ menaik
ng ~ nganga ~ menganga
ny => nyala => menyala
r ~ rawat => merawat
w ~ wangi = mewangi

(b) menjadi mem- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah b, f, dan v.
Contohnya:
b => baca = membaca
f => fitnah = memfitnah

Imbuhan per- dan per…an
1. Imbuhan per- tetap sebagai per atau berubah menjadi pe- atau pelseperti yang berikut:
(a) tetap sebagai per- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan
Contohnya:
b – perburu
t – pertapa
b) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata ajar, iaitu pelajar.
c) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan. Contohnya:
juang ~ pejuang
kerja ~ pekerja
lumba ~ pelumba
salah ~ pesalah
tani => petani
2. Kata-kata yang berawalan per- dapat diaertai akhiran -an menjadi per …an.
Contohnya: perdamaian, perjumpaan, perkongsian, permintaan, persatuan, dan sebagainya.


5 Imbuhan pen- dan pen …an

1. Imbuhan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, penge-, dan tetap sebagai pen- seperti yang berikut:
(a) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf I, m, n, ny, r, dan w.
Contohnya:
pelayan, pemain, penasihat, penyata, peronda, dan pewangi.
(b) menjadi pem- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.
Contohnya:
pembesar, pembasmi, dan pemfitnah.
(c) menjadi pen- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z.
Contohnya:
pencari, penduduk, penjaga, pensyarah, dan sebagainya.
(d) menjadi peng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g,h, dan kh.
Contohnya:
pengarah, pengedar, pengikut, pengulas, pengganas, penghibur, dan pengkhianat.
(e) menjadi penge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata.
Contohnya:
pengebom, pengecat, dan pengelap.
Kata-kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t pula akan bertukar menjadi ng, ny, m, dan n apabila bertemu dengan awalan pen-. Contohnya:
(a) k berubah menjadi ng;
ketam = pengetam
(b) s berubah menjadi ny;
sayang = penyayang
(c) p berubah menjadi m;
putar = pemutar
(d) t berubah menjadi n;
tonton = penonton
Kata-kata yang berawalan pendapat diaertai akhiran -an menjadi pen …an.
Misalnya:
pelarian, pembasmian, pendakian, penghakiman, pengecatan, dan sebagainya.


Imbuhan ke- dan ke…an
Imbuhan ke- bertugas untuk membentuk kata nama, kata bilangan tingkat, dan kata bilangan himpunan.
Contohnya:
tua ketua (kata nama)
hendak kehendak (kata nama)
tiga ketiga (kata bilangan tingkat)
dua => kedua-dua (kata bilangan himpunan)
Imbuhan ke- dapat diaertai akhiran -an menjadi ke…an.
Contohnya:
kerajinan, kedatangan, kesihatan,dan sebagainya.
Ada ketikanya kata berimbuhan ke…an digunakan dalam ayat pasif.
Contohnya:
(a) Semalam saya ketinggalan bas.
(b) Budak itu dikejarkan ke hospital kerana keracunan.


lmbuhan di-, di…i, dan di…kan

1. Kata-kata yang berimbuhan di- digunakan dalam ayat-ayat pasif.
2. Antara beberapa contoh kata yang berawalan di- itu termasuklah diambil, dibawa, dicuri,
dicari, dibuang, diaimpan, dan sebagainya.
3. Kata-kata yang berimbuhan di…i digunakan dalam ayat-ayat pasif jugs.
4. Antara beberapa contoh kata yang berimbuhan di…i itu termasuklah diatasi, dibebani,
dicurigai, didekati, difahami, diikuti, dihindari, dan sebagainya.
5. Seperti kata-kata yang berimbuhan didan di…i, kata-kata yang berimbuhan di…kan pun
digunakan dalam ayat-ayat pasif.
6. Antara beberapa contoh kata yang berimbuhan di…kan itu termasuklah didirikan, diedarkan, dielakkan, diberikan, digugurkan, diadakan, dilakukan, diturunkan, dan sebagainya.

8 Imbuhan -an, -man, -wan, -wati, dan -ita

1. Imbuhan -an, -man, -wan, -wati, dan -ita digunakan untuk membentuk kata nama terbitan.

2. Kesemua imbuhan ini diletakkan diakhir kata, yakni sebagai akhiran.

3. Antara beberapa contoh kata yang berakhiran -an termasuklah ancaman, bacaan, buatan,
catatan, edaran, giliran, harapan, kurungan, lautan, minuman, makanan, suruhan, tanaman, utusan, dan sebagainya.
4. Antara beberapa contoh kata yang berakhiran -man termasuklah budiman dan seniman.
5. Beberapa contoh kata yang berakhiran -wan pula ialah dermawan, jutawan, jelitawan,
rupawan, budayawan, ilmuwan, olahragawan, angkasawan, dan sukarelawan.
6. Contoh kata-kata yang berakhiran -wati ialah seniwati, olahragawati, dan sukarelawati.
7. Contoh kata yang berakhiran … ita hanya satu, iaitu biduanita.

A. Berikan imbuhan yang sesuai pada kata di dalam kurungan untuk diiaikan di tempat kosong di bawah ini.
1.      Makanan yang(hidang) di atas meja itu belum dijamah.
2.      .Ketika hujan saja dia (kereta) ke pejabat.
3.      (juang) menuntut kemerdekaan akan diteruskan oleh penduduk negara itu.
4.      Pesakit itu telah dimasukkan ke wad (cemas).
5.      Kilang besi itu (keluar) asap yang kotor.
6.      (niaga) yang tidak mempamerkan tanda harga akan didakwa.
7.      Munir mendapat tempat (dua) dalam acara lumba lari 100 meter itu.
8.      (pandang) pada waktu senja di pantai itu sungguh indah.
9.      Beberapa orang (ajar) sekolah itu menerima biasiawa daripada kerajaan.
10.  Esok ibu akan (gulai) ikan haruan itu.
11.  (datang) asing ke negara ini perlu mendapatkan permit kerja.
12.  Rupa lembaga itu sangat hodoh dan tak (gambar) olehku.
13.  Suara penyanyi itu(kumandang) di udara.
14.  Azmil (aduh) kesakitan kerana kakinya terkena kaca.
15.  (tiba) wakil rakyat itu diaambut oleh orang-orang kampung.
16.  Munirah diumumkan sebagai (olahraga) terbaik tahun ini.
17.  Rumah-rumah yang terletak(dekat) dengan sungai ditenggelami air.
18.  Kedua-dua (silat) itu menunjukkan kehandalan masing-masing.
19.  Dalam pertandingan itu, pasukan tuan rumah (kuasa) permainan.
20.  (tenun) songket itu sungguh cantik dan halus.

B. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong yang bernombor
dalam perenggan di bawah ini.


Aku (1) . Masa untuk aku menyerahkan kertas jawapan tinggal lima minit saja lagi. Ada soalan yang masih belum (2) . Ada jawapan yang masih belum ku (3) . Ada soalan yang tidak dapat ku (4) , Kata-kata guruku (5)  , iaitu bertangguh itu pencuri masa.
I A bingung                                                        4 A berbuat
B membingungkan                                              B membuat
C kebingungan                                                   C pembuat
D dibingungkan                                                  D buat
2 A dijawab                C menjawab                   5 A nyata
B berjawab               D jawapan                        B menyatakan
C kenyataan
3 A semak                   C disemak                        D ternyata
B menyemak            D penyemak
Aku (6) . Lembaga yang berwajah hodoh itu semakin hampir. Aku ingin menjerit meminta tolong. Namun begitu, mulutku seperti (7) . Aku ingin (8) diri, tetapi kakiku seperti tidak mahu melangkah.
Dalam sekelip mata, lembaga itu (9) leherku. Aku meronta-ronta. Tiba-tiba, Aku terasa tanganku seperti dipegang orang. Aku pun membuka mataku. Rupa -rupanya, aku hanya (10).
6 A memaku                C terpaku                      9 A mencekik
B memakukan          D paku                                    B dicekik
C tercekik
7 A berkunci               C dikunci                           D cekikan
B mengunci              D terkunci
10 A mimpi
B memimpikan
8 A berlari                 C pelari                                            C bermimpi
B melarikan               D larian                                           D termimpi-mimpikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan